SuAmi dAn aNakKu »

Saturday, February 21, 2009

teRiMa KaSih..



Buat ayahanda dan ibunda tercinta..

Pada hari ini usia anakanda genap 26 tahun... Terima kasih ummi kerana melahirkan anakanda 26 tahun yang lalu... Setelah merasai pengalaman mengandung dan bersalin, anakanda begitu memahami keperitan ummi tatkala melahirkan anakanda dahulu... Walau selaut bakti yang anakanda curahkan, namun tetap tidak dapat membalas jasamu ummi... Terima kasih ummi... Buat abah tercinta, terima kasih juga anakanda ucapkan kerana bersusah payah membesarkan anakanda... Memberi anakanda peluang untuk menuntut ilmu... Anakanda tidak pernah dan tidak mungkin melupakan jasamu... Walau segunung jasa yang anakanda taburkan namun tidak menyamai jasamu... Doaku semoga abah dan ummi sentiasa sihat dan sentiasa di bawah payung rahmat Illahi... Anakanda bertuah dan bersyukur kerana menjadi anakmu... Pinta anakanda, doa dan restu dari abah dan ummi untuk anakanda terus tabah menghadapi ujian hidup... Terima kasih ummi dan abah...

0 ulasan: