SuAmi dAn aNakKu »

Thursday, October 8, 2009

sYukuR AlHamduLillAh...

'

'''''''Syukur padaMu Ya Allah.... Hari ini, aku menerima satu lagi berita gembira iaitu aku telah diluluskan Pembiayaan Pendidikan dari PTPTN. Walaupun tidak sepenuhnya, namun aku tetap bersyukur. Ini menambahkan lagi semangatku untuk meneruskan pengajian walau mungkin pelbagai rintangan dan pengorbanan yang terpaksa aku tempuhi kelak kerana natijah dari bekerja sambil belajar. Orang pertama yang ku khabarkan berita gembira ini tentulah suami tercinta yang tika ini berada di Melaka kerana menghadiri kursus. Seterusnya kuberitakan jua pada ibu tercinta mohon lebih keberkatan darinya. Ya Allah, terima kasih kerana telah mempermudahkanku untuk menimba ilmu. Semoga Engkau terus memberikan kekuatan kepadaku... Terima kasih Ya Allah...

Tuesday, October 6, 2009

RenCah KehiDupanKu..

Salam pada semua....
'
'''''Sekian lama tidak menjengah ke blog ini, hari ini tiba2 terdetik untuk mencoretkan sesuatu. Sudah menjadi lumrah kehidupan manusia ada pasang dan surutnya dan yang pasti kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan Allah jualah yang menentukan segalanya. Dan apa yang perlu kita pegang Allah telah menentukan segala yang terbaik untuk kita sebagai hambaNYA dan kita sebagai hambaNYA mestilah sentiasa bersyukur dan tabah dengan segala ketentuanNYA..
'
'''''Bunyinya seperti ada masalah besar telah melanda kehidupanku selama tidak mengaktifkan blog ini. Mungkin ya dan mungkin tidak. Yang pasti kebahagiaan tetap juga ku kecapi di samping suami dan anak tercinta.
'
'''''Selama sepinya blog ini, macam2 rentetan kehidupan yang telah ku lalui. Ada semangat, pengharapan, kekecewaan, kepenatan dan kebahagiaan. Begitulah asam garam selagi bergelar khalifah di muka bumi ini. Dan aku rasa amat bersyukur kerana jatuh bangunku, suami sentiasa memberikan sokongan yang padu.
'
'''''Awal tahun lalu, angin tidak dan ribut pun tidak, aku tiba2 rasa seperti ingin menukar profesion dari seorang kakitangan kerajaan kepada mungkin seorang usahawan. Semangatku begitu menebal. Walaupun masih berasa sangsi dengan keputusanku, suami tetap memberikan sokongan. Aku sanggup ambil cuti tanpa gaji selama sebulan untuk menghadiri segala kursus2 yang sepatutnya. Mungkin perasaan membuak2 itu hadir kerana sudah bosan dan kecewa dengan sikap 'bos' yang tidak ambil peduli kebajikanku berbanding dengan bos sebelumnya. Setelah sebulan tamat, aku bekerja semula dan sebulan lagi penantianku untuk menjadi usahawan seperti menanti buah yang tidak gugur. Akhirnya, semangatku mula luntur sedikit demi sedikit. Suami juga menasihatkan supaya aku tidak terus mengharap. Mesti ada hikmah yang tersembunyi. Aku teruskan juga kehidupan di pejabat walaupun macam terpaksa.
'
'''''Setelah hampir 2 bulan tiada perkembangan, aku tekad untuk melupakan terus. Aku jalani kehidupan seperti sediakala sehingga tibanya Ramadhan al Mubarak. Ramadhan kali aku rasa seperti berbeza. Aku rasa seperti kurang meriah kerana aku sering demam dan kepenatan. Demamku berulang 2 minggu sekali. Hati ini risau juga sebab H1N1 sedang berleluasa. Walaupun keletihan dan kadang2 sampai seminggu cuti sakit aku tetap teruskan berpuasa. Akhirnya bila aku kembali bertugas di pejabat, tiba2 aku pitam. Kawan2 angkat ke surau dan seminggu juga aku datang pejabat dan hanya berehat dalam surau. Dalam masa yang sama aku mendapat surat untuk tukar unit ke bahagian pentadbiran. Memang seronok sebab terlepas dari 'bos' yang lama tapi susah juga sebab kerja yang menantiku terlalu banyak. Oleh kerana aku sering pitam, demam, penat dan tidak selera makan, suami suggest untuk buat UPT sendiri. Mulanya aku taknak sebab takut kecewa, tapi aku buat juga dan akhirnya +!! Ya Allah, dalam diam Engkau berikan kebahagiaan kepadaku dan suami. Aku sangat2 bersyukur kerana dapat merasai kembali anugerahNYA!! Bermula dari itu, aku sudah tidak dapat meneruskan ibadah puasa, tarawikh apatah lagi. Ramadhan kali ini benar2 aku terasa kosong kerana tidak dapat melaksanakannya. Menjelang raya, mood raya juga kurang kerana keadaan masih sama cuma seronok tengok 'Atiiqah beraya dan kutip duit raya.
'
'''''Di bulan puasa juga aku dapat satu lagi berita yang aku telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian peringkat Ijazah secara separuh masa. Aku gagahkan juga pergi membuat pendaftaran dan hari Ahad lepas sudah mula Tutorial 1. Pada mulanya aku seperti ingin menangguhkan pengajian kerana keadaan kesihatan dan atas nasihat suami, keluarga dan doktor tapi setelah melalui Tutorial 1, aku ingin teruskan juga. Aku nak buktikan kemampuan diri. InsyaAllah... Suami sentiasa memberikan sokongan yang padu walaupun aku tahu buat masa ini dirinya juga sentiasa keletihan dengan kerja2 di sekolah, menguruskan anak dan menjaga diriku. Terima kasih segalanya!!
'
'''''Ya Allah, Engkau kurniakanlah kekuatan pada diriku untuk terus istiqomah menimba ilmu dan menjaga anugerah pemberianMu ini dan Engkau kekalkanlah kebahagiaan yang aku kecapi ini... Aminnn...