SuAmi dAn aNakKu »

Monday, March 31, 2008

Inilah Duniaku.....


Dalam meniti arus kehidupan di dunia sebagai seorang bergelar insan, tiada kemanisan yang akan di rasai tanpa terselitnya dugaan. Apatah lagi sebagai seorang yang mempercayai kewujudan Tuhan Yang Esa Allah SWT yang telah menciptakan manusia, seharusnya aku sentiasa mensyukuri di atas setiap nikmat yang telah DIA berikan kepada kehidupanku selama ini. Setiap dugaan yang datang, benar memberi kesan dalam hidupku. Bukan sahaja untuk menjadi insan yang lebih tabah untuk menghadapinya malah mematangkan fikiranku. Ya Allah, terima kasih di atas setiap nikmat dan kasih sayangMu...... Aku benar-benar mensyukuri di atas setiap kebahagiaan yang Engkau berikan kepadaku. Kehadiran insan bergelar suami dan anak benar-benar melengkapkan hidupku sebagai seorang hambaMu. Mereka sentiasa menjadi nadi kekuatanku untuk menggalas tanggungjawabku sebagai hambaMu. Berkatilah segala yang Engkau berikan kepada aku dan keluargaku....